PENGENALAN
Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia(PKIBSM)
(PPM-020-10-10072023)
Objektif: Menjaga Kebajikan dan Hala Tuju Bas Sekolah Malaysia
Pertubuhan Kebajikan Industri Bas Sekolah Malaysia (PKIBSM) ditubuhkan dan didaftarkan pada 10 Julai 2023 . Selaras dengan visi dan misi Persatuan Bas Sekolah Selangor Putrajaya Kuala Lumpur (PBSSPKL), tujuan utama PKIBSM adalah untuk menjaga kebajikan pengusaha dan pemandu bas sekolah di Malaysia. PKIBSM menjadi sebuah platform bagi pengusaha dan pemandu bas untuk memohon sebarang bantuan atau sokongan dari pertubuhan. PKIBSM juga akan sentiasa bersiap sedia untuk memberikan sokongan kepada pengusaha dan pemandu bas dari segi kewangan, kesihatan, dan pendidikan.
Slogan PKIBSM
SAYA SAYANG BAS SEKOLAH MALAYSIA
MAJULAH BAS SEKOLAH MALAYSIA KITA KUAT, KITA BERSATU BSM
KITA KUAT, KITA BERSATU BSM